tgh hari mcm ni, ada mood pulak nak update blog kan.
kisahnya kali ini pasal my only anak lelaki buat ms ni, iaitu harraz anaqi (xtau lg gender 2nd baby).
Harraz Anaqi lahir 28ogos2013 skrg dah pun berumur setahun 2bulan 6hari. mommy & daddy panggil "harraz". kdg2 bila dia nakal sikit kami panggil la nama penuh.
harraz dr lahir mmg bayi yg jarang sangat nangis.. x kuat meragam. x pernah pun menangis mlm2 pasal kembung ke ape ke.. Ya Allah. mudah sgt jaga harraz.
harraz ms fresh baru keluar dr mommy's womb
tapi bila dia dh besar sikit dlm 8bulan mcm tu, harraz ada kena demam panas yg agak tinggi. temperature dia almost 40. which is tinggi utk baby below 1year.. ms harraz demam baru la mommy n daddy rs harraz ada meragam sikit. bila dia x selesa, bila dia x bole tido sbb badan asyik kena lap aje. sedih tengok harraz demam sampai nampak kurus ms tu. nak tunggu demam dia betul2 sembuh, makan masa hampir 2 minggu. dah la ms tu bulan puasa. dugaan ramadhan. dgn mommy2 sekali demam. byk jugak tinggal puasa.
harraz sejak lahir mmg fully breastfeed sampaiiiiii 6bulan. after that mommy try bagi solid food pun dia tolak. mcm2 mommy try bg (makanan utk umur dia) semuanya dia tolak. dia hanya nak susu badan shj. so I pun teruskan bg susu badan fully sampai dia dah 8 bulan. but at the same time, selalu jugak offer solid food tapi dia asyik tolak. I cakap dlm hati, xpe lah, maybe dia x sedia lagi nak makan. dia nak minum susu mommy puas2.
lepas 8 bln I cuba jugak bg solid food. kdg2 dia mkn, kdg2 dia xnk. tp mmg minum susu bdn lg byk.. sampai la hari Raya puasa 2014, I terkena urinary tract infection (boleh google for details :P) yg agak teruk smp kencing berdarah (sakit yg teramat bila diingat balik). huuuu.. ms g toilet nak buang air rs nak menangis. malam2 kejap2 ke toilet sampai x boleh tido. letih ya rabbi tuhan shj yg tahu.. rs mcm nak bawak bantal tido dlm toilet.. sakit yg bg I sangat sakit sbb tempoh nak menahan nya tu lama. kat klinik doc bg antibiotic. menurut doc tu, kalo mkn antibiotic tu x boleh bf anak. jd I terpaksa stop bf harraz. daddy harraz pening mcm mana nak bg harraz susu. Maka dia pun try beli susu Dutch lady. harraz punya la menangis x mau minum sbb dia nak susu mommy ni jugak.. kesian tengok harraz ms tu. tp fikir balik doc ckp bahaya kalo bg susu bdn kat dia lepas mkn antibiotic tu, I pun x berani nak bg..
dgn keadaan harraz asyik meragam sbb lapar. I pulak sakit kejap2 nak pg toilet. daddy harraz pun dah pening kepala, last kami buat keputusan nak balik Melaka terus sng sbb nnt boleh terus pegi check up kat melaka. oh lupa. ms I kena urinarytractinfection tu, I ada beli pregnancy test kit and I try nampak positif tapi satu line tu mcm blur sikit.
my mil suggest beli susu dugro sbb dulu2 anak2 mil semua minum susu tu. so my husband pun beli. dia beli perisa honey + dates sbb tengok harraz mcm x suka minum susu perisa original. beli2, terus dia minum. alhamdulillah.. Syukur sgt..
sebulan lebih jugak harraz minum susu tu. actually ok je susu tu. tapi I tengok mcm berat badan dia x naik sgt n susu tu pun mcm cair sikit. bila I try buat pekat, nampak harraz poopoo agak keras n menyakitkan dia smp menangis. so daddy & mommy pun decide utk tukarkan kpd susu enfagrow A+ utk harraz. mommy ada buat research sikit la pasal susu ni. mmg ramai yg suggest susu ni. even husband I punya sepupu pun suggest susu ni. anak dia minum enfagrow jugak. alhamdulillah harraz x tolak pun. dia suka pulak tu. yg enfagrow ni kami beli perisa honey.
harraz ni mmg suka ape2 yg ada flavor honey kot. sbb kalo susu flavor lain, dia x suka pun. or maybe susu badan mommy pun rs cm honey jugak sbb tu harraz suka. hehe. masalahnye benda manis lain dia x suka langsung. contoh mcm kek, coklat or biscuit baby yg ada manis2 sikit tu pun dia x suka.pelik kan budak kecik x suka manis? hahaha. tapi my mom kata bagus la.. nnt gigi dia x cepat rosak. 👍👍
skrg harraz mkn je apa yg kami mkn. contoh mcm ayam masak kicap ke. ayam goreng. ikan 3 rasa. tu semua dia suka. asalkan x pedas. yg dia paling suka mkn ialah mushroom soup dgn garlic bread. mcm mat saleh betul nenek harraz kata.
ni antara progress harraz:
1-2bln
mula senyum kat org.. baby yg sgt murah dgn senyuman my MIL kata.
3bln
dah pusing bdn nak meniarap. n lastly meniarap jugak tgh2 bulan tu.
5bln
gigi pertama tumbuh sekali 2. tumbuh gigi bawah dulu. cepat gila kn. sejak tumbuh gigi, keje asyik nak menggigit je.
ms ni pun mommy dh bg dia naik walker.
7bln
dah belajar merangkak. mula2 tu susah jugak dia nak angkat punggung. daddy kata punggung harraz berat. hahaha. same je mcm daddy tu.
8bln
pgg meja nak berdiri. pgg meja sambil jalan..
9bln
dah mula nak panjat sofa. panjat katil. panjat meja. ms ni paling lasak la harraz. keje nak memanjat aje.
1tahun
mommy & daddy celebrate besday harraz kat rumah. mommy tempah kek upin ipin kegemaran harraz. pastu nenek masak ketupat & rendang. mommy masak pasta. daddy beli sate. ala x sambut besar pun. family2 je pastu ajak kawan office daddy. yg penting harraz happy. harraz ceria sgt ms birthday party tu.. dgn semua org dia nak main. mommy tengok pun happy.
1year 2months
saat dinanti. harraz dah pandai jalan!! yahuuu... :) pegi mana2 boleh dah lepas harraz (tapi kena pimpin tgn la). dah x lenguh tgn nak dukung.
my baby harraz. sebab apa mommy panggil dia baby lagi? dia dah nk jadi abg dah x lama lg. because.....he will always be my baby boy... selagi mommy bernyawa. I love you so much son.
Heeee.. bye bye ! Salam.
No comments:
Post a Comment