Friday, May 29

selamat tinggal abg AHP Pie

innalillah wainna ilaahi rojiun

walaupun hanya sbg kenalan di laman sosial, tapi pemergian abg pie sgt2 buat aku terasa kehilangannya. 

mula mengenali abg pie melalui blognya pd tahun 2012, kemudian add facebook abg pie. 

abg pie org yg sgt positif bg aku, status selalu berunsur perkara positif shj.. status nakal sambil mengusik ank2 n isteri2 nya selalu buat hati aku tercuit bila membacanya.. 

selalu juga aku repost apa yg di share abg pie di facebook mengenai stigma & judgemental terhadap pesakit HIV.. di hati selalu teringin nak mengenali rapat abg Pie dan ahli keluarga yg lain kerana aku kagum melihat semangat mereka sekeluarga. terlihat betapa hebat abg pie mengasuh mendidik seluruh ahli keluarganya. 

namun apakan daya Abg Pie telah pergi meninggalkan kita semua buat selama2nya.. terasa sunyi bila tiada status yg berinfomatif di facebook dr abg pie dan coretannya yg mencuit hati ini. 

semoga abg pie tenang di sana.. dipermudahkan urusan di sana.. mati itu pasti, semua org akan merasainya bila tiba masa.. 

aku berharap apa yg abg pie telah usahakan sepanjang hayatnya ini akan terus diperjuang oleh anak2 abg pie atau sesiapa shj dr ahli komuniti itu.. aku akn sentiasa memberi sokongan dan dorongan di jln ini.. 

al-fatihah kuhadiahkan buat Abg Pie.. 


Friday, May 8

pengalaman bersalin anak ke-2

Salam.. haritu ada bgtau nak tulis pengalaman bersalin utk 2nd baby. so arini mcm ada kelapangan sikit, boleh lah tulis.. sekali lagi diingatkan, entry dlm blog ni hanyalah utk simpanan sendiri. buat masa depan utk bc2 balik kisah lama yg jadi memory. bukan utk nak blagak ke ape eh..

31 march 2015 (selasa)
pagi tu bangun cm biasa, xde rs sakit pun. sakit pinggang tu ada la.. tp mmg dah lama pun sakit pinggang ni I rasa. so x syak pun tu tanda nak bersalin.. 

petang, ada rs mcm senggugut sikit2. try track dengan apps kt fon ni, kejap2 sakit dlm 10min, kejap sakit dlm 6-7 min. mmg x regular la. tp sakit tu tetap ada. sampai maghrib husband balik, I pun bgtau kat dia. bincang2 pastu husband kata agknya mlm nk kot bsalin. pastu dia suro I track aje contraction tu. 

mlm still track contraction smp dah naik bosan. sbb sakit dia takat tu je. x bertambah pun. pastu timing dia cm x brapa nk cantik (x regular) compare to ms bersalin harraz dulu, mmg konsisten je ms contraction tu. every 5min. ingatkn kalo timing dah cantik, mlm tu jgk nak pegi hosp, last2 mlm tu blh plak tetido smp terlupa sakit. hahaha. husband pun puas gila tido, dia tido lg awl. lepas isyak dh tido. yg I ni tido lmbt jugak. tp mlm tu mmg rs ada sakit cuma x kuat n sakit dia mild2 je. kalo x, xkn la smp lena tido kan. kahkahkah. seingat I la, dulu zaman remaja, I penah kena period pain lg sakit dr tu. smp tertonggeng x boleh tido tahan sakit. so I anggap sakit tu biasa2 je.. 

subuh husband I bangun, dia tanya I sakit x? I kata kat sakit tu ada, tp sama je mcm smlm, pastu I g toilet tengok ada darah + lendir sikit. I bgtau husband n dia kata kita pegi je la hosp tengok mcm mana. lgpun haritu dh 1april, due I kalo ikut kiraan I sendiri lah, mmg on that date (doc kira2 April). 

I makin pelik la sbb dah kluar lendir + darah pun sakit dia sama je mcm smlm. huhu. dah jd mcm tertanya2 nak pegi ke x hosp ni. I bukan main lengah lg, pegi mandi2 dulu.. mandi pun bkn men lama.. hahaha. pastu shave2 sikit. kahkahkah. 18sx betul! tp siapa penah ada pengalaman nak bersalin mesti paham punye. kikiki. ye la xkn la x segan kalo doc tengok ms kite kangkang tu nnt. mesti nak kemas2 dulu.. :P siap2 mandi, mkn breakfast dulu.. main2 ngan harraz jap. tengok kartun.. hihihi ms tu dh kol 10 lebih dah. sempat lg tu suro husband ambik gmbr I ngan harraz. konon2 nak gambar last nampak perut sblm pop. kih3. 

kul 11 I pun gerak g hosp ngn husband. harraz tggl kt umh dgn nenek. smp hosp terus naik ke level 2 sbb doc dh ckp kalo after 37w kalo dah ada showing or rs sakit2, trus je pegi kat area labor room.. sblm masuk labor room, pegi assessment room dulu. nurse buat CTG dlm 30min pastu check VE. ni procedure yg sama mcm ms bsalin 1st dulu.. tp kali ni rs lebih relax. dulu mcm cuak sikit sbb x tau kn. 

lepas selesai procedure 1st, nurse tu buat ve, dia check jln I dh buka dlm 3cm. so dia kata x pyh balik. bole bersalin harini jugak.. lega I, kalo kena balik wat penat je. hehehe. pastu dia bg ubat buang air besar.. supaya ms teran nnt x tkeluar skali benda2 tu. hahaha. maaf ye. kalo rs geli jgn bc. ini mmg perkara yg biasa utk ppn bersalin.. lepas je dia masukkn ubat tu, perghhh terus rs memuncak2 nak terberak. mcm dah x bole ditahan. hahaha. dah la ada technician kat luar bilik I tu, I main tarik je kain buat tutup kepala sebab dah x tahan nk terberak. kikiki. masuk je toilet trus lega! dah masuk bilik tu, I pun baring balik.. nurse kata jap lg doc dtg. doc dtg check lg ve still sama. 3cm jgk n dia kata I punya contraction x kuat. doc pun cakp ape tah dgn nurse tu. pastu dia pesan kat I nnt nurse bg ubat tahan sakit kalo boleh jgn ckp xnak. sebab nnt bila dah sakit kuat br nak ambik ubat tu, dah x membantu. tenaga pun dh byk habis nnt takut last2 x bole push. hmm.. betul jugak ckp doc tu. seingat I lah kan, ms bersalin harraz dulu, mmg konon2 xnak ambik ubat tahan sakit, sbb duk denga org kata x elok lah ape suma tu. last2 time ambik tu sakit contraction mmg dh kuat, so x membantu la utk tahan sakit. nasib baik tempoh sakit tu x lama n jln cepat bukak. kalo x sure habis tenaga. hmm.. 

berbalik pd kisah bersalin 2nd td, lepas doc keluar, nurse pun masukkan air kat tgn. dia kata tu utk bg contraction kuat, bila contraction kuat baru jalan cepat bukak n cepat bersalin. pastu I tanya nurse, benda ni adalah induce ke? sbb dulu x pernah kena cucuk pun kat tgn. pastu nurse pun explain la.. ini adalah PITOCIN, kegunaannya utk merangsang perkembangan n penguncupan rahim dgn lebih konsisten lg.. maksudnya lepas ambik ni, contraction akan lebih kuat.. pastu I tanya lg apa beza dgn induce? nurse jawab lg, kalo induce tu contraction xde tp disebabkan faktor2 yg berisiko utk baby/mommy, baby dipaksa keluar sblm ms. kiranya PITOCIN ni utk org yg dah start rs contraction n contractionnya tu mcm x regular sgt.. mcm I ms tu mmg rs kekejap 5 minit skali, kekejap 3 minit skali, n kadang tu smp 10min. 😂 tu yg teragak2 nak g hosp ke x ni.. 😂

lepas pekena ubat pitocin, ada la rs kuat sikit sakit, to cm blh tahan lg. siap tengok tv.. hahaha. nurse kata awk ni cm x sakit je. pastu nurse hantar mkn. dia kata mkn bubur je la yea.. hehehhe. I ols x kisah janji mkn. bubur pun sedap jugak apa.. smp waktu zohor, I pun g toilet ambik wuduk nak solat. solat dlm labor room tu jugak, atas katil. hehe. dah sudah solat nurse dtg lg suro g toilet kalo ada hajat2 nak membuang lg.. baik disegerakan sbb sakit yg sgt2 kuat dtg.. 

husband dah sudah solat n mkn, dia masuk balik labor room. ada la borak2 kejap.. tp x ingt dah borak apa. kikiki. tu la lambat nau tulis, kn dh lupa. seingat I ms husband masuk tu dh dlm 2 lebih. x ingt plak lebih tu berapa. 2:30 rsnya.. 

tgh baring2 nurse kekejap dtg sbb ckp x dpt baca heartbeat baby. rupanya si kenit ni mmg betul menyorok la. xnk bg org denga pun heartbeat dia. I ni kekejap kena pusing kiri, baring tegak pastu pusing lg. tah bape kali nurse dtg betulkan alat kt perut utk detect heartbeat baby. sabo ela.. 

lama2 rs contraction semakin kuat n kuat, nurse pun dh tukar shift ganti nurse lain. nurse kemudian adalah makcik India sorang n sorang akak tu. yg byk monitor I adalah nurse makcik India tu. terasa nak suro dia check jln, tp cm mls pulak. sbb nak tggu lg. nurse tu pesan kalo rs mcm nak teran bgtau. blurrrrr. seriously I tahu mcm mana rs nak teran. walaupun ni pengalaman ke2. I tanya balik, mcm mana rs nak teran tu? sy xtau. nurse tu bleh kata, eh ni ank ke2 kn, xkn x tau? hmmm.. I pun diam je la. dia pun xde mcm nk check jln ke apa.. patutnya check la kn. last I dh rs mcm makin xtahan. ckp ngn husband rs mcm dh sakit kuat sgt, nak sedut gas pun dh xleh, nafas makin pendek. husband jerit pnggil nurse, nurse dedua dtg. yg akak tu pun check, dia tekejut gila dh 9cm. haaa amek kau. nak tggu smp rs nak teran, mmg la dh 9cm. x sempat diorang nak prepare. dgn x pnggil doc lg. last2 suro I tahan jgn push. boleh ke?! org nak berak pun kalo ditahan rs seksa, ini kan pulak org nak beranak! perghhh.. rs nak ngamuk ms tu.. 

nasib I baik, ms tu doc br lepas lunch kot, mmg saje2 dtg nak pantau I sbb ms tu I sorang je nak bersalin, x de org lain. 😂 mmg doc ni ada instinct yg kuat kot terhadap patient dia. doc smp2 terus pakai glove n suro I push. alhamdulillah push 2 kali baby slamat keluar.. syukur.. 

terus hilang sakit. hehehhe. doc pun check2 baby. tetiba doc tkejut tengok ada TRUE KNOT kat tali pusat. dia kata ini mmg rare. siap panggil nurse lain dtg tengok. I blur sbb tgh mamai kan, lgpun baring xnmpk ape yg doc tengok. doc panggil husband tengok. husband tanya doc kalo ada mcm ni blh sebab apa? simple jwpn doc, sudden death. huhu.. 

camni rupa true knot tu utk sesape yg xtau. (ikatan pada tali pusat)

mcm mana boleh jd mcm ni? wallahualam, baby tu sendiri yg pusing2 dn buat ikatan tu.. mmg dlm perut x boleh detect.. faham2 la kalo tali pusat terikat. mcm mana baby nak dpt bekalan oksigen. itu yg menyebabkan suddent death. alhamdulillah semuanya selamat.. ya Allah sape yg x risau kan.. mungkin ikatan tu x lama.. n x berapa ketat, so oksigen bole masuk lg kot... kot... ini andaian I je.. ape2 pun semuanya berlaku dgn kekuasaan Allah.. 

setelah dikeluarkan uri, dijahit, I pun ditolak masuk dlm ward.. berehat.. tido puas2.. hehe... zzzzzz.. sampai waktu menyusu nurse pun hantar baby.. pastu sambung tido lagi. ya Allah puasnya tido. hahaha.. esoknya balik umah sambung berpantang.. 

itu la cerita I bersalin for 2nd baby ni.. menarik x? hehe.. ok. bye. cau.. ank dh nangis. 


Tuesday, April 28

dah selamat bersalin

salam.. I dh selamat bersalin my sencond baby on 1st April 2015 haritu.. dah dekat sebulan dh pun. hikkkkss. 

ok nnt I nak update kisahnye sepanjang rs sakit nak bersalin tu. kali ni, lain bebeno rsnya. x boleh simpan cerita ni lama2. takut nnt lupa.. ni pun dh dekat sebulan simpan. hahahha. insyallah ada kelapangan I up cerita ye before habis pantang ni. :) 

nah belanja 1 pic baby fresh from oven. :p

baby boy. lahir secara normal pd 1april2015 pd jam 2:59pm. berat 3.4kg & panjang 54cm


Monday, February 9

Sendawa setiap minit

Assalamualaikum..

pernah x korang alami sendawa setiap minit? skrg ni I tgh alami masalah tu la. I perasan dari lepas magrib tadi asyik sendawa. x tau berapa tong angin dah keluar. huh! 

masalahnya ape yg x kena pulak ni? rsnya I xde la makan benda yg berangin. pagi td just makan speggeti. pastu tghari x makan pun. petang td makan lewat sikit sbb sampai KL lambat. Makan quarter chicken kat Kenny Rogers. tu je. malam just Makan biskut. kenapa eh asyik sendawa je?! pelik la. rs x selesa. lagi2 bila baring angin x lepas. 

adui.. ni pun sambil taip entry, angin x putus2 keluar. Asyik je sendawa. mungkin ke sbb x makan nasi yg menyebabkn asyik sendawa? boleh jadi jugak. or mungkin sbb mmg dlm badan ni byk angin? hmmm.. cemana nak cari remedies ni tgh2 malam. dah la tgh dkt hotel ni sbb ikut hubby outstation.. sob.. 

kena la google cari idea apa nak buat.. 

ok... bila google ni yg i jumpa 


boleh refer link di bawah ni

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140513/kn_02/Sendawa-berlebihan



Wednesday, December 3

pengalaman cabut gigi geraham

salam.. hai aritu I ade janji kan nak update pasal cabut gigi geraham. hehe.. so last Monday I dah pun ke klinik batrisya ikut appointment yg dh diberi. 

sampai klinik pkul 2ptg. tggu kejap dlm 15min. then doc panggil masuk. dup dap dup dap. debo gila ms masuk tu. ngan husband2 ikut masuk skali pasal I takut. hahaha. 

dah masuk bilik Rawatan, doc pun tanye... "awk ade pengalaman x cabut gigi kekal?" lembut je suara doc tu. I pun dengan pantas menjawab x. dari sekolah dulu kena tampal je gigi ni. kena cabut mmg x penah. so doc pun bgtau la nnt procedure nak cabut tu mcm mana.. bla bla bla... lepas dia cerita tu. dia mintak sorang nurse ambik ubat. I x tau la ubat ape.. nampak mcm warna kuning. ubat kebas kot. rs ubat tu sejuk je. dia sapu keliling gusi belah gigi yg nak dicabut tu.. luas jugak la kawasan yg dia sapu ubat tu.. 

lepas habis sapu, dia pun suro sedia sbb nak cucuk ubat bius kat gusi. huhu. cuak betul ms nak cucuk tu. xtau nak kate cemana rs dia. sakit mcm tekejut je kot. ala sakit sikit je. mcm semut gigit gusi.. x de la sakit mana pun.. tapi dia akan cucuk 3 kali tau.. ketiga2 x sakit... lepas cabut doc suro tggu kejap dlm 5 minit. bg ubat bius tu bertindak balas dulu.. ms tggu tu punya la kebas muka. rs kalo ms tu kena lempang pun x sakit. hahaha. tapi lebam lah lepas tu. 

5 minit kemudian, doc tanya dah kebas sampai mana, I kata dah kebas sampai nak ke rahang yg sebelah lg. so doc pun kata ok dah boleh siap utk cabut.. sekali lagi rs seram. huhu.. tapi sblm cabut doc test dulu samada betul2 dah x sakit ke. kang x pasal2 ubat bius tu x kuat, tgh2 cabut kang terasa sakit, naya I. doc pun amek alat mcm pahat, dia tolak2 kat gigi. dia tanya sakit x, sy tolak kuat ni? mmg x sakit pun. dah x rs sakit dah. yg rs cuma pressure je sbb dia tekan kuat kan. sakit mmg dah x rs. 2 kali jugak doc tu try utk pastikan betul2 x sakit. 

lepas je betul confirm yg bius dah menguasai kawasan mulut I, doc pun kata nak bg longgar sikit gigi ni supaya senang cabut. ape dia godek2 tah. x rs sakit pun. rs mcm tekan2 je. lepas dia dah godek dia pun angkat playar yg besa gedabak tu. masuk dlm mulut n kepit gigi I.. dia xde la rentap terus gigi tu, dia pusing2 dulu.. pusing punya pusing sampai dia rs betul2 dah longgar, dia tarik sekali je dah tanggal. cepat sgt proses cabut tu.. mcm x sampai 1 minit pun. I pun boleh x perasan gigi dah xde dlm sekelip mata. 

lepas cabut doc sumbat ubat dlm gusi. dia kata ubat tu nnt jadi darah beku n akan meresap terus. doc pesan nnt jgn kumur kuat2. lepas balik terus mkn ubat tahan sakit sbb ubat bius ni akan hilang dlm ms sejam.. so dia takut lepas habis ubat bius ni I akan terasa sakit. kapas dia bagi gigit kuat2. bila air liur penuh, tukar yg baru.. itu sahajalah pesanan doc.

lepas cabut gigi, I n husband x balik rumah pun lagi. kitorang merayap g tempat lain. husband nak pegi TM point dah alang2 dia halfday aritu, dia pun amek kesempatan nak buat ape yg patut time office hour.. sepanjang tu I mmg x rs sakit pun.. sbb ubat bius masih ada lagi. doc kata bius tu tahan smp 1 jam je. xtau kenapa ms tu dah dekat 3jam pun still rs lagi ubat bius. I pun pelik. n darah pulak byk jugak keluar. smp kapas yg doc bagi tu habis I guna, pastu husband beli lagi 2 packet kat farmasi, n habis jugak.. semuanya dlm ms 3-4 jam je I guna.. lepas magrib baru I rs ubat bius tu hilang.  tapi x sakit pun gigi... 

rs lega lepas cabut gigi. gigi tu I mintak doc nak bawak balik. konon la nak tanam. tapi smp arini x tanam lagi. ada lg dlm bekas I simpan. hahaha. 

inilah rupa gigi yg dicabut tu. euuuu.. sendiri tengok pun geli. 

mmg betul gigi tu dah mereput sbb I usik2 tepi2 dia sng je pecah. mmg bernasib baik lah I buat keputusan nak cabut cepat, takut kalo tggu lama2 nnt dia dah makin pecah, lagi susah nak cabut. nnt doc terpaksa toreh sikit gusi utk keluarkan akar.. huhu.. ngeri! 

ok tu lah pengalaman I mencabut gigi geraham buat pertama kalinya + ms pregnant pulak tu. lepas ni kalo kena cabut lg, x rs takut dah plus I dah tau nak g klinik mana. I selesa pg klinik tu. layanan staff n doc mmg bagus.bayaran pun reasonable.. xde lah mahal melampau. I kena charge RM60 je utk cabut gigi. lg RM10 utk ubat. total RM70. 

harini dah seminggu gigi dicabut. lubang kat gusi pun dh makin kecik. x lama lg tertutup la tu. yea.. alhamdulillah.. ok mata dah ngantok. gudnite... salam.., 


Saturday, November 22

gigi awak kena cabut

salam.. ingt x aritu I kata nak g jumpa dentist dlm entry yg lepas? so, hari khamis baru2 ni (20nov) I dah pun pegi. lepas maghrib husband balik dr keje terus pegi sbb takut klinik tutup. kena pegi khamis sbb jumaat klinik tu tutup.

ape yg membuatkan I tiba2 nak pegi ialah I rs leceh sgt nak mkn. tiap kali nak mkn je mesti kena kunyah sblh kiri aje sbb kalo kunyah sblh kanan, nnt takut makanan tu masuk kat gigi yg berlubang tu. leceh sgt! mkn pun lambat. siap kena teleng kan kepala sbb I takut makanan tu pegi ke kana. hahaha. sampai bila nk mcm tu kan? kalo nak kata sakit tu. xde lah sgt.. sakit kdg2 je. x sampai lg mcm org kata sakit gigi yg x boleh tido tu. tido I masih lena trang tang tang. 

kami pegi klinik gigi batrisya (belakang tesco cheng, Melaka). dtg2 je trus daftar n masuk sbb xde org pun.. lepas jumpa dentist, dgn harapan boleh diselamatkan la gigi tu. tapi doc kata dh x boleh.. :( sbb gigi tu pecah sikit n bahagian tepi dh berlubang kena akar. so mmg dh x blh tampal la. sedihnya. mula2 mcm x percaya. siap tanya doc tu few times "betul ke dh x boleh tampal doc?!" hahaha. n doc tu pun dgn lembutnya explain sbb apa x boleh.. ok. terpaksa terima hakikat utk lepaskan gigi ni walaupun hakikat yg sgt perit.. 

doc bagi appointment hari isnin nnt utk cabut. sbb ms tu dh mlm, dia takut bila cabut nnt ada komplikasi lain contoh mcm gigi tu pecah lg ke, n kena korek n cungkil lg nnt. takut makan masa.. kalo buat siang xde masalah. kalo mlm nnt karang I pulak x leh tido lepas kena cabut  gigi. fine.. ikut je la ckp doc. lgpun gigi ni x sakit sgt pun. doc siap ketuk2 sikit gigi ni nak tengok sakit ke x. mmg x sakit. dia ada masa je sakit.. dlm 3 minit sakit kalo ada mknan tselit kt lubang gigi, lpas tu bila I pegi gosok utk keluarkan, dah x sakit dh gigi tu. n doc kata gigi ni masih kuat, takut susah sikit nak cabut.. gulppp. takut plak tetiba bila doc ckp camtu. tp doc tu pandai nak cover bg x takut. dia guna ayat yg manis aje. hahaha. xpe. kite tengok hari isnin ni cemana. 

oh lagi 1 doc ckp, ms 2nd trimester mengandung ni, xde masalah pun nak buat rawatan gigi. kiranya ni masa yg ok la. kalo mcm 1st trim & 3rd trim tu, dia x galakkan sgt la. I pun malas nak tanya kenapa. iyekan ajelah. dah doc ckp mcm tu. betul la tu. mesti dia lg tahu sbb dia yg blaja. hehe. 

ha ni dia gamba gigi yg pecah tu. sape yg geli xyh tengok eh. ni I snap pic sendiri dlm bilik. dah jd keje asyik snap pic gigi je lately ni. sbb x nampk lubang dia tang mana. hahaha. x puas hati. 

ha tu dia bahagian yg I focus tu. gigi dah pecah suku, (yg bahagian lain abaikan, gigi I mmg x cantik) so bahagian tepi berlubang sikit n terus kena akar. 

mmg x nmpk sgt dlm gambar.. nnt bila gigi dah dicabut, I nak mintak kt doc utk bawak balik gigi tu. boleh x? hahaha.. boleh upload kat Instagram! hahaha. gila. mmg ramai la unfollow lpas tu sbb geli. kikiki. ok upload kat blog je. pasal I tau blog ni xde reader. kikiki.. 

hmm.. harap2 semuanya dipermudahkn la hari isnin ni nnt. jgn la gigi terpecah ke ms cabut tu, pastu kne korek pulak. harap sekali cabut dh keluar ngan akar2. 

insyallah.. Amin.. 

nnt sambung lg next entry. bye! 


Monday, November 17

gigi geraham berlubang ms mengandung

aduii sakitnya bila gigi berlubang ni. lagi2 gigi yg paling dalam sekali. nak tengok kat cermin pun susah. terpaksa la snap gamba gigi guna phone. tu pun x nmpk sgt sbb lidah kacau. hahaha. susah betul nak alihkan lidah ni ke tepi. 

gigi ni sbnrnya dah patah suku. aritu ls ms tgh mkn kenduri. punya la syok kunyah daging, tetiba bleh patah plak. nasib baik suku je. kalo smua.. x tat nak ckp ape. ms patah tu x sakit pun. tp terasa la ada gigi patah terserpih. dah sebulan lebih dah gigi tu patah. mula ok je. skang pulak datang sakit. suluh punya suluh baru perasan ada bahagian yg berlubang. kat belah tengah n lubang tu mcm ke bawah. sakit ooo.. bila makan, boleh kunyah Sebelah kiri aje. belah kanan x boleh kunyah. tapi kdg2 mknan tu pegi jugak ke sebelah kanan, n terselit lah jugak ke dlm gigi geraham yg berlubang tu. 

bila nak pegi klinik pun xtau. patutnya dh kena pegi. tapi asyik aje melayan perasaan takut. lagi satu asyik fikir kalo mengandung boleh ke cabut gigi. hmmm.. jwpnnya kena pegi jugak lah jmp doc gigi. berteka teki sendiri xkn ada kesudahannya. 

insyallah mggu ni akn cuba pegi klinik gigi. harap2 xyh la dicabut sbb ramai yg kata jgn cabut gigi geraham, nnt gigi lain cepat goyang jugak. lagipun gigi geraham I masih ada byk rupa gigi. lubang tu x berapa nampak.. hmmm.. harapan x kena cabut tu mungkin tinggi.(ayat nak sedapkan hati sendiri) kihkihkih. dasar pengecut. nak beranak x takut. nak cabut gigi takut. huhuhu.