Friday, October 31

kedai basikal budak di Melaka

salam all. 

hai minggu lepas daddy harraz ada ajak beli basikal utk harraz. sbb tengok ptg2 org tolak anak naik basikal tu mcm best je. seronok pulak. lgpun kesian tengok harraz memerap je dlm rumah kalo daddy or atok dia x bawa keluar. 

ada jugak kitorang survey2. pernah la tengok basikal mcm tu dkt jusco. harga dlm rm150 mcm tu la. ke lebih sikit la. entah la dh x ingat. then ada tengok kdg family store bukit rambai. harga lebih kurang dlm rm150 jugak tapi warna pink. xkn la harraz nak naik basikal pink kot. jambunya. daddy pun x setuju. hahaha. 

so hari sabtu tu kitorang plan nk ke umah nenek n atok harraz. on the way nak ke sana, ingat nak singgah la pg beli basikal dkt jusco air keroh sbb dkt. sekali ms tgh kt jln raya tu, tiba2 ternampak kedai mcm jual basikal yg byk. kedai tu mcm dia ambik 2 biji kedai cantum jd 1. ape lg, cpt2 la mommy harraz bgtau kat daddy. mommy yg perasan dulu kedai tu. pastu daddy pun buat u-turn sbb nk g cocok duit dulu. 

kedai tu terletak kat batu berendam. ni ha rupa luar kedai. 

             nama kedai ni kid zone

mcm2 basikal ade. dari umur setahun mcm harraz, sampai la utk remaja pun 
ada. pilihan pun byk.

kedai ni jugak ada jual stroller, baby walker.. mainan kereta & motor budak pun ada.. ala kn ada kereta control yg besar tu, yg budak bleh duduk dlm tu terus tu. ha yg tu la. tp kami bukan beli yg tu. kami beli basikal je. 

nampak x basikal yg ada pemenang kat bahagian belakang dia tu? kite boleh tolak. ofkosssss la kena tolak kalo nk gerak sbb harraz pun belum pandai kayuh basikal pun. ekekeke. 

ni ha basikal harraz. harga kat situ tulis rm130 je. pastu dpt tawar lg plak tu. daddy harraz ambik lg 1 yg mainan kuda boleh jongket2 tu. kuda tu plak harga rm70. total org tu bg rm180. murah la tu kan. 

kedai ni siap boleh repair2 mainan/ basikal yg rosak lg. 


senang je nk cari kedai kid zone tu. dia sederet dgn sekolah rendah agama JAIM Batu Berendam.


bahagia hujung sekali deret bangunan kedai boleh nampk Pizza Hut. 


selesai membeli, kami pun balik la rumah atok & nenek harraz. petang tu bawak harraz main basikal. bukan main seronok dia. sampai nak kena tolak aje. dia xnk stop. adoi anakku.. 

      muka teruja harraz naik basikal. :D

bila tengok harraz happy. mommy and daddy pun happy. happy sgt2. 

x puas main petang. malamnya kami bawak harraz pegi tempat biasa. kat dataran MBMB yg ada screen besar tu. tolak lagi basikal kat situ. sambil tengok lampu2 warna2 and water fountain, mmg seronok la harraz. 

          khusyuk dia tengok air kolam

disebabkan kwsn tu besar, mommy & daddy pun gilir2 la tolak harraz naik basikal dia.. masing2 exercise la konon. kikiki. 

bila dua2 dah x larat tolak, angkut basikal masuk kereta, terus je balik... lagipun dah mlm harraz pun dah letih & mengantok. 

utk sesiapa yg berada area Melaka n nak beli basikal utk ank2, silakan la usha kedai ni. kalo pegi jusco n family store mmg confirm la x dpt tawar harga. kalo kedai ni, uols bole tawar harga. harga yg dia letak tu pun mmg lagi murah berbanding kat kedai lain. 

sejak harraz ada basikal ni, dah jadi rutin dah tiap petang kalo x hujan n x pegi mana2, mommy akan bawak harraz round2 dekat playground dekat umah ni. saje nak bg harraz jumpa org lain n biar dia reti bersosial sikit... :) 











No comments:

Post a Comment