Monday, October 7

PENGALAMAN BERSALIN (PART II)

Husband & I gerak g hosp tgh mlm tu. dekat je hosp pantai dengan Ayer Molek (umh parents) 10 minit dah smp.. Sblm g, I salam2 dengan mak abh n adik dulu. Nak tergelak abh ckp, "jangan takut eh" hehehe.. Mmg la takut. 1st experience kot.. Tapi.. x de la takut sgt, excited yg lebih. Ye la mana tau sakit nak beranak tu cemana.. Kalo dh penah tau, baru la ada feeling2 takut kot.. I tau sbnanye abh yg takut. Haha.. 

Ok smp hosp pukul 1 pastu nurse suro masuk assessment room n buat CTG. I dh tau sure2 kena seluk lagi. N I pasrah je. Tp kali ni kena seluk x sakit sgt la cm aritu. Rs cm biasa je. Rupanya br I tau, kalo jalan dh terbukak mmg dh x rs sgt kena seluk tu. alhamdulillah I lega sbb jalan dh bukak 1 to 1.5cm. Nurse suro stay je kat labour room tu. x yh blik.. 



Nurse ada masukkn ubat kat bontot ms tu. dia kata ubat tu utk buang air besar. Dia cm ubat air. Mmg betul la, lepas tu laju je I pegi membuang. Smp I rs kosong dh xde apa yg nak dibuang. Mungkin tu nak bg senang la kot ms meneran nnt. Biasa kan kite dengar ms meneran tu ada yg smp terberak skali. 

I punya excited smp x bleh tido plak.. Husb dah mengantok, dia pun tdo kat lantai labour room tu. kesian I tengok dia. I tgh menahan lapar ms tu. rs menyesal sgt x pegi mkn dlu sblm g hosp. Huhu. Hubby ada buatkan I air milo, I minum milo n makan kurma je utk tahan lapar tu. pastu I try nak tido.. Dlm pkul 3:30, Tgh nak tido tu, I dengar kat labour room sblh ada org tgh menjerit sakit. Oh no. I dh mula rs cuak. Hubby pun terjaga dr tido dia. I dgr nurse ckp2 dah 6 ke 7 cm. org tu mmg dah nak meneran kot. Nurse call doc n x lama pastu doc smp. Trus denga suara baby. Wahhh.. Rs x saba sgt dah bila denga suara baby nangis.. Hehe. 

Dah alang2 doc dtg, doc pun check I skali. Doc check jln dh 2cm. I pun cm geram. Ala dh dekat 3jm baru 2cm ke. Doc anggar i akan bsalin lewat petang esok.. waaaaa..lambatnyaa.. Ye ms tu mmg x sakit lgi.. Bole borak2 n gelak2 lagi, tp dh rs bosan pulak menunggu. Dah la xleh tido. Pastu nurse tanya nak amek injection x. I tanya injection tu kalo amek boleh tido ke. Dia kata boleh. Kul 4 cmtu nurse inject I kat bontot. Nurse suro I rehat n kump tenaga utk esok. Mmg tu yg I harapkan pun. Tp tu suma cm x bkesan langsung. Lepas je kena injection tu, tiba2 sakit kuat dtg.. Mmg sakit. Ms contraction tu I genggam je tgn ni. Still bole tahan lagi masa ni.. Tp sakitnya kuat la berbanding sblm kena inject. I cm tertanya2 nurse ni inject nak bg tido ke nak bg x tido. Huhu..

Hubby dah g tdo kat kerusi luar dah sbb dia sakit badan katanya tido kat lantai. Dlm pkul 4 smp subuh tu, I menahan sakit.. Xde la smp menangis. Sakit tu sakit jugak tp bole tahan lagi. Cuma nak buat apa pun cm x kena la sbb x selesa. Mcm kita sakit gigi.. Kan bila sakit gigi, serba serbi x kena kan. 

Ms tu I call mak.. Saje2 nak call.. Bgtau maybe esok petang baru bersalin.. N pesan kat mak bawak telekung sbb i lupa bawak. Mak kata byk2 mengucap bila sakit tu.. Mak siap kata kalo x tahan operate je la. Huhu.. 

Pkul 6:30 I solat subuh, amek wuduk kat sink labour room tu je. Pastu balut badan ngn selimut n kain batik, sbb x bawak telekung. Hahahha. Asal bole je. Xpe la yg penting smyg.. Ms solat tu mmg I tgh tahan sakit.. Sambil tahan smbil tu dlm hati I ckp, cm ni la pengorbanan seorang ibu. 

Lepas solat I rs dah x tahan sakit. I ckp kat hubby x tahan la nak sakit cmni smp petang sbb I teringat doc kata I maybe deliver petang. I rs tempoh ms dr pagi smp petang nak tahan sakit cmtu terlalu lama.. I x kuat. Hubby pun x sangka I mintak utk dicaesar. N hubby bgtau nurse, nurse tkejut n tanya I betul ke nak Caesar. I kata betul.. Nurse tu pujuk2 kata mmg la sakit.. Sbb tu syurga bawh tapak kaki ibu... Bla..bla..bla..dia ckp I dah x peduli, dlm kepala tetap nak Caesar jugak.. N dia check jln I dah buka 4cm. I tetap x peduli, nk Caesar jugak!! Huhu.

Nurse kata kalo nk Caesar dia kena prepare dulu.. Mkn masa jugak, n dia mintak I tunggu. Sambil nak tahan sakit tu, dia bg I sedut gas. Gas ape tah. Mula2 cm x bkesan. Tp lama2 I perasan gas tu membantu jugak. Cuma cara sedut kena betul. Kalo salah, xde effect pun. Gas tu kena sedut ms ada contraction. I sedut bukan main kuat. Smp mamai2. Hahaha. 

Bila xde contraction I tanya hubby "bila doc nk dtg ni?" Hubby kata "jap lg pkul 8:30". Ms tu pkul 7:45. So I kata ok x lama lg. Padahal hubby main hentam je ckp, dia pun xtau bila doc nak dtg. Dia kesian tengok I sakit.  tup2 pkul 8 doc muncul. Doc smp2 trus check jln dah 8cm. Masyallah. Cepat betul baru je td pkul 7 nurse check 4cm, ni pkul 8 dah 8cm. Doc kata dia percaya I boleh deliver normal. And nurse prepare alat2 suma.. And I dah ready to push. I ikut je arahan doc n nurse. Bila dia suro push I push, bila x, I x push sbb nak  kumpul tenaga. I ingat doc pesan, push masa ada contraction je. Ms xde contraction, jgn push. Ms xde, cepat2 sedut gas. Husband pun bukan main bersemanagt coach I lepas nampak kepala dah keluar sikit. Gila berani dia, I rs kalo I masuk labour room tengok org lain beranak, I x berani kot nak tengok belah bawah tu. Yg husband I ni ms I push dia boleh tengok bawah n bgtau sikit lagi, sikit lagi. Hahaha. Doc ngan nurse2 pun bsemangat tengok dia. I pun semangat. Xde pun rs mcm xde tenaga nak teran. Bila tengok org sekeliling semangat tolong kite, kite sendiri rs mcm dpt kekuatan yg luar biasa. 

Kalo uols tertanya2 sakit x ms push, masa push seriously dah x sakit pun... Rs mcm nak berak tp berak tu besar n susah nak kuar. Ha cmtu la yg I rs. Mcm sembelit la sng crite. Sembelit tu kat belakang kan, ni kat depan. Uols kena paham, dekat depan ni ada cecair cm pelincir, so xde la susah sgt nak keluar.  Bape kali I push, dlm 4 kali kot seingat I. Trus keluar baby.. Masyallah... Laju je rs dia keluar.. Pastu I tengok kecik je dia. Hehe... Hubby I nampak sgt excited. Nurse trus bg baby kat I. Kejap je pastu dia  amek balik sbb nak check2 baby. Doc tgh jahit. Ms jahit x rs apa pun sbb dah bius kan. I siap ckp phone lagi bgtau kat my mom n mil yg I dah selamat bersalin time I tgh kena jahit. 

Lepas nurse bagi baby balik, hubby azankan and I minta nak susukan baby (susu awl tu yg org pnggil colostrum tu yg paling bagus). So jgn lepaskan peluang susukan baby. Lepas I susukan, Abah n nak pun smpai.. Abh azankan baby lg skali. N lepas tu I di tolak masuk ward... Hehe.. Lepas bersalin mmg penat sgt tau, rs mcm xleh bukak mata. Tp nak tido pun x bleh sbb excited dah dpt baby.. Ni lah pengalaman yg paling manis bagi I. 

Sakit bersalin tu bg I xde la sakit dia teruk sgt mcm yg org ckp tu. Lepas bersalin je lupa trus sakit dia.. Bg wanita2 yg rs takut nak bersalin sbb takut sakit, jgn risau, kesakitan yg bakal dialami tu adalah kesakitan yg kite mampu tanggung.. Allah kan xkn uji sesuatu yg diluar kemampuan hambaNya. I sentiasa pegang pada kata2 tu ms nak hadapi proses melahirkan baby. Lagipun lepas bersalin, semua dosa akan terhapus. Ingat senang ke nak hapuskan dosa.. :) itu lah ganjaran paling besar skali utk wanita lepas bersalin.. Bersyukur... Ha ni dia my baby masa baru lahir n sekarang after I month. 


P/S: Sekarang baby I baru sebulan, I dah fikir2 bila nak ada second baby pulak. Hehe.. Mommies out there, jgn takut tau.. Bykkan zikir, percaya Allah ada dgn kita. :) 



No comments:

Post a Comment