Wednesday, October 2

PENGALAMAN BERSALIN (PART I)

Assalamualaikum, syukur I dah pun selamat bersalin baby boy pada 28 ogos 2013 haritu.. Awal sehari dr EDD. Harini dah masuk 22hari I berpantang.. Delay sikit lah cerita bersalin ni, maklum lah bz dgn org baru. Jaga baby newborn mmg sgt2 mencabar. I boleh kata, sakit nak beranak tu lagi mudah dr jaga baby newborn tau. Huhu.. 

Ok balik pada cerita bersalin tu. 26 ogos (isnin) pagi, hubby dah pg keje, I rs semangat nak mengemas rumah haritu smbil2 nak layan movie kat tv, masa baru duduk kat sofa depan, I rs mcm ada cecair keluar, ingtkan keputihan sbb bila dah hujung2 ni mmg perasan keputihan mcm byk sikit, skali I tengok rupanya fresh blood. Ms tu dh mcm panic sikit, pastu I cuba coolkn diri n fikir baik2 nak buat apa. X sakit pun..x rs sakit langsung ms tu. I call hubby yg baru je smp office dia dlm 10minit. Hehe. Pastu hubby pun mintak permission kat Bos dia nak balik sbb nak bawak I pegi hosp. I relax2 lg kat rumah, kemas2 apa yg patut sementara tunggu hubby sampai. 

Hubby smp dlm pkul 9 am pastu I sempat mandi dlu. Pkul 10 baru gerak g hosp. Lapar jgk sbb x breakfast lg. ingtkan nk g breakfast dlu tp hubby risau takut pape, so kitorang trus g hosp. Kt hosp nurse suro pg assessment room n buat CTG. Lama la buat CTG tu. smp mengantok2 I dibuat nya. CTG utk tengok jantung baby n contraction. Nurse tengok ada contraction tp x kuat sgt. N nurse mintak nak check jln. Aduiii x sukanya kena seluk. Huhu.. Pastu nurse bgtau jln x bukak lg.. N doc suro ke bilik dia, nk jumpa. 

Ms kat bilik doc, doc pulak seluk. Aduiii dlm sehari 2 kali kena seluk. X best betul. N doc ckp bnd yg sama jugak. Jln still x bukak lg. doc nak check I punya air kencing, n lastly dpt result I ade kencing kotor n doc syak maybe bnd tu yg buat irritation yg membawa kpd contraction tu. so doc syak itu bukan contraction nak bersalin. Doc bg I ubat.. N kitorang pun balik umah parents I sbb ms tu pun dah sarat, umah parents pulak dekat je dgn hosp yg I plan nak bersalin tu... 

Dengan perasaan hampa tau balik umah.. Ingtkan dah nak bersalin dah. Huhu.. I bukan apa, ms tu semangat nak bersalin sbb I dah x larat nak tanggung sakit pinggang n sakit blakang tu.. Huhu.. Org kata lepas bersalin akan hilang semua sakit tu kan. 

Masa kat umah parents, I n hubby asyik berjalan je. Pagi petang bjalan. Sambil bjalan sambil makan. Haha. I ingat mlm tu kitorang pegi MP. I nak pegi JJ tapi hubby sibuk nak pegi MP. Last2 I mengalah je la. I kenangkan ape lah salah nya ikut kehendak dia last2 ni sbb sepanjang mengandung asyik dia je ikut kemahuan I. Hehe. Dlm hati I harap bila dah ikut ckp dia ni, mudah mudahan I senang lah bersalin. 

Esok paginya hari selasa 27ogos2013, kitorang keluar pagi2 konon nak pegi exercise (nak jalan2 bg laluan sng bukak). Hajat nya nak pegi kat hutan simpan air Keroh tu, pastu cemana boleh tersampai dekat bird park pulak. Ok jugak bird park tu sbb kitorang x pnah smp situ lagi plus tu mmg tmpat baru. Kat bird park kemain lagi I naik tangga tinggi. Nak induce labour la katekan. Ni normal way tau.. Kite ikhtiar.. I perasan lepas je balik dr bird park tu, ada rs senggugut sikit2. Tp x sakit sgt la. Senggugut tu lagi sakit. Ni sakitnya sikit je. I pun confuse ni ke sakit contraction? Hehe.. Tp I buat x tau je. Sempat lagi lepas tu pegi melantak nasi goreng ayam sebelum balik umah. 

Kat umah, rehat2 n relax.. Petang tu hubby ajak jln lagi. Kitorang keluar pkul 5 ptg, pegi makan goreng pisang. Hubby plak g pekena mee goreng. Padahal sebelum tu dia dah sebat nasi dlu kat umah. I pun x dpt bayangkan berapa size perut dia. Hahaha.. 

Lepas mkn kitorang pg lah JJ sbb smlm tu I beriya sgt nak pegi JJ. Kat JJ I nak beli palazzo actually. Sbb I asyik pakai palazzo hijau tu je. Tiap kali g hosp check up, kalo doc tu perasan lah, mesti dia tengok I asyik pakai palazzo hijau tu je mcm xde seluar lain.  Hahaha. Hubby pun duk ejek2 I. Siap buat dialog lagi konon2 doc tu ckp "ish budak ni xde seluar lain ke asyik ijau ni je". Kuajaq kan? Padahal I rs doc tu pun xde masa nak perhati seluar org. Ramai kot patients dia. Hubby I mmg suka menyakat. Yg dia tu punya jeans ada 2 helai je tu x prasan plak. 

Lepas bli seluar kitorang jln2 tengok brg elektrik plak..n konon la nak bli kipas yg ada keluar air tu. nak letak kat bilik kat umah parents I ni. Nasib baik x beli. Bukan leh pkai pun ms pantang ni. 

Sepanjang jln2 tu I rs je sakit cm senggugut. Sakit dia same je xde la bertambah pun.. Ha cumanya since Isnin pagi yg ada keluar darah tu, I pkai je pantiliner. N memang darah tu tetap keluar tapi sikit2. Kadang2 cm bcampur ngan lendir. Bila nak solat I kena tuka pantiliner. 

Pkul 7:30 kitorang balik rumah.. Makan2 n tengok tv pastu pkul 9 lebih camtu I teringat nak track I punya contraction (sakit cm senggugut tu) guna apps yg ada kat fon ni. Nak tngok la consistent ke x.. Dlm sejam I track tu, I tengok cm agak consistent selang 5minit skali.. Ada yg 4 minit. Tu kira consistent la tu. n I lanjut kan lagi smp pkul 12. I bgtau jugak kat hubby. Hubby kate xpe track je tengok dlu.. N dia blh plak men guitar mase I tengah track tu. huh. X pasal2 kena marah ngn I. Hahaha.. Padahal ms tu x la sakit pun. I saje je dengki ngan dia. Pastu dia trus stop main guitar.. Kikiki padan muka. Oh ye, ms I rs senggugut tu, I ada terasa nak muntah. So dlm pkul 11:30 tu I ada muntah.. Pastu pkul 12 lebih hubby decide nak bawak I pegi hosp terus sbb takut tgh mlm nnt sakit kuat.. I bgtau kat mak, mak kata pegi esok je la pegi sbb sakit ni biasanya lama, ikut pengalaman mak I lah. Dia takut I boring kt hosp nnt. Tp hubby mmg tetap nak bawak jugak, pasalnye ms I tengah baring2 tu dia duk whatsapp dgn member2 dia yg dh experienced teman wife diorang bersalin. Diorng mmg advice husband bawak je I pegi hosp sbb diorang kata sakit setiap 5minit tu dah kira kerap. Hmmm.. Masalah nya I x rs pun tu cm sakit nak beranak... I takut nnt g hosp doc suro balik semula. Huuuu...

Cont part II 

No comments:

Post a Comment