walaupun hanya sbg kenalan di laman sosial, tapi pemergian abg pie sgt2 buat aku terasa kehilangannya.
mula mengenali abg pie melalui blognya pd tahun 2012, kemudian add facebook abg pie.
abg pie org yg sgt positif bg aku, status selalu berunsur perkara positif shj.. status nakal sambil mengusik ank2 n isteri2 nya selalu buat hati aku tercuit bila membacanya..
selalu juga aku repost apa yg di share abg pie di facebook mengenai stigma & judgemental terhadap pesakit HIV.. di hati selalu teringin nak mengenali rapat abg Pie dan ahli keluarga yg lain kerana aku kagum melihat semangat mereka sekeluarga. terlihat betapa hebat abg pie mengasuh mendidik seluruh ahli keluarganya.
namun apakan daya Abg Pie telah pergi meninggalkan kita semua buat selama2nya.. terasa sunyi bila tiada status yg berinfomatif di facebook dr abg pie dan coretannya yg mencuit hati ini.
semoga abg pie tenang di sana.. dipermudahkan urusan di sana.. mati itu pasti, semua org akan merasainya bila tiba masa..
aku berharap apa yg abg pie telah usahakan sepanjang hayatnya ini akan terus diperjuang oleh anak2 abg pie atau sesiapa shj dr ahli komuniti itu.. aku akn sentiasa memberi sokongan dan dorongan di jln ini..
al-fatihah kuhadiahkan buat Abg Pie..
No comments:
Post a Comment